Saturday, December 25, 2010

Sepi terlalu sepi jika kita tanpa iman

Kasih dan cintaku padamu bukanlah semata-mata siapa dirimu..tetapi semuanya kerana Allah..tetapi cukupkah aku mengatakan bahawa aku mencintaimu? Aku sayang padamu? Ketahuilah wahai mujahidku..segala rasa yang ada kini adalah rasa yang dikurniakan DIA pada kita..maka berbahagialah dengan itu..namun ISLAM itu menjanjikan yang INDAH pada yang MEMELIHARANYA

Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku…
CINTA+SAYANG+RINDU+KASIH++++++ hanya akan ku lafazkan, apabila bersama yang HALAL bagiku…kerana apa? Kerana bagiku KEMANISANNYA akan lebih terbalas dan akanBERGANDA kebaikannya nanti..mengapa aku tak ucapkannya padamu? Kerana aku mengimpikan KEMANISAN itu..aku impikan itu…dan ketahuilah, aku menghargai segala-galanya dengan rasa yang tak terluah…DIA juga Maha Mengetahui segalanya dalam hatiku…

Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku…
Doaku tak pernah putus dalam memohon kepadaNYA agar terus ditetapkan dirimu untukku..agar terus ditetapkan hatimu bagiku..dan ketahuilah aku mengetahui, dirimu juga mengimpikan hal yang sama…maka kita mempunyai impian yang sama..BERSATU MENUJU CINTANYAMENUJU REDHANYA…dan aku akan menunggu dengan setia mujahidku menjemputku untuk terus pacu HATI dan JIWA MENUJU CINTA ILAHI YANG ABADI

Ketahulah dirimu yang menjadi mujahidku…
Fasa demi fasa, tahap demi tahap, peringkat demi peringkat akan dilalui…kerana kita mengetahui, perjalanan itu jauh..dan BEKALAN itu perlu untuk kita mengharunginya…maka katika inilah UJIAN dan DUGAAN akan menerpa..maka, BERSABARLAH..bersabarlah..bersabarlah…itu yang selalu dikatakanNYA dalam Kalam yang Agung…dan itu juga dirimu selalu berkata padaku dan peringatanku pada diriku dan dirimu…

Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku…
Bagai ombak menghempas pantai, semuanya ada hikmah disebaliknya..semoga kita tidak terleka..Kelekaan membawa kerugian, ketakwaan paling utama..Moga taubat ku diterima, dibawah keredhaan Mu Ilahi..Dunia tidak laksana embun yang dingin, tidak sedingin sang bayu pagi..Dilanda gelisah tiada pedoman, mencari jalan Ilahi..



Angin bertiup membawa berita duka, menyentuh rasa hati naluri berdebar..Mengenang diri tiada pedoman, memohon keampunan..Lantaran sepi di jiwa ini, dilindungi gelisah tanpa iman Ilahi
Dunia sepi bagai tiada penghuni, kosong hati ini terpancar duka..

Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku…
Makin kita mendekati-Nya, makin kita diuji, makin banyak doa, makin banyak ujian menimpa, kerana segala yang dipinta tidak akan datang dengan segera, tapi ia akan diperolehi apabila kita berjaya mengharungi ujian yang diberi oleh-Nya kerana Allah tak memberi apa yang kita mahu, tetapi Dia memberi apa yang kita perlu…

Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku…
Ku bangga melihatmu derita dalam perjuangan dari melihatmu gembira dalam kelalaian..Ku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan dari melihat tawamu dalam pengkhianatan…Ku bangga andai dikau syahid di medan kebenaran dari hidup dalam kesesatan…Kerana jangan lupa..Muliamu bukan pada pangkat dan harta, paras rupa atau popularity…Tapi kerna KETAQWAAN DAN KEPATUHAN kepada Allah..Kerana Islam yang dikau junjung tinggi…
Bersambung…..

Sunday, December 19, 2010

dedah aurat. seks bebas, zina




“Bagaimana pandangan awak tentang remaja kita yang terlanjur?”
“Apa maksud terlanjur?” saya menyoalnya kembali.
“Terlanjur melakukan hubungan seks haram,” balasnya terus-terang.
“Bagi saya istilah terlanjur itu tidak tepat.”
“Apa istilah yang lebih tepat?”
“Berzina!” jawab saya pendek.
Lelaki itu kehairanan lalu mencebik seraya berkata, “kasar sangat bunyinya tu. Nanti remaja yang terlanjur takut.”
“Mereka tidak akan takut. Mereka berani. Sebab mereka beranilah mereka berzina.”
“Lagi-lagi awak gunakan istilah zina. Kasar sangat bunyinya tu.”
“Itu istilah yang tepat. Itu istilah Al Quran. Jika digunakan ada impak pada pendengarnya. Kita teringat Allah, Al Quran, iman dan Islam.”
Dia diam. Tetapi riak mukanya jelas seakan tidak bersetuju.
“Saya rasa istilah terlanjur itu yang tidak tepat,” saya pula yang menerjahnya.
“Eh, kenapa? Memang mereka terlanjur. Mereka tidak tahu akibat perbuatan mereka.”
Saya tersenyum. Lucu. Kenyataan yang separa logik.
“Zina tidak berlaku tiba-tiba. Ia didahului oleh mukadimah-mukadimahnya,” balas saya.
“Ai, zina pun ada mukadimahnya?”
“Itulah perkara-perkara atau perbuatan-perbuatan yang boleh membawa zina. Zina itu adalah hasil daripada satu proses yang berlaku satu demi satu. Tingkat demi tingkat.”
“Saya tak faham. Cakap awak berbelit-belit!”
“Saya hanya menerangkan apa yang telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w.” jawab saya pendek.
“Kita jangan libatkan agama. Ini masalah sosial,” katanya terus-terang.
“Saya dan awak orang Islam. Islam tu cara hidup. Dan Nabi Muhammad adalah teladan ikutan kita bersama.”
“Baik-baik. Teruskan…”
“Zina itu ada mukadimahnya. Antaranya, pandangan mata, lidah yang berkata-kata, sentuhan tangan, deria bau melalui hidung dan akhir sekali barulah melibatkan kemaluan.”
“Ok. Apa maksud awak?”
Saya renung matanya. Dia bukan orang awam biasa. Dia seorang intelektual yang sering membentangkan kertas kerja tentang masalah sosial remaja di seminar-seminar di IPT.
“Zina dimulakan dengan pandangan. Pandangan mata sangat mempengaruhi hati. Bila pendedahan aurat berleluasa, remaja sukar menjaga mata. Bila ada yang mendedahkan, ramai pula yang melihatnya dan dari situ timbullah rangsangan…”


“Habis awak nak semua wanita tutup aurat? Mustahil!” balasnya.
“Ya, saya akui agak sukar. Tetapi itu tidak mustahil. Bukankah ini ajaran Islam? Islam itu ajaran yang praktikal dan sesuai untuk semua zaman dan keadaan. Remaja perempuan tutup aurat. Remaja lelaki tundukkan pandangan. Jadi, satu proses ke arah zina telah diatasi. Ini yang dilakukan oleh generasi sahabat, tabiin dan salafussoleh dahulu.”
“Itu dulu. Langit masih tertutup, sekarang langit sudah terbuka!”
“Bukan masalah langit, terbuka atau tidak. Tetapi yang lebih penting hati kita mesti terbuka untuk menerima panduan Islam kerana kita orang yang mengaku beriman kepada Allah dan Hari akhirat.”
“Lagi-lagi akhirat. Sekarang kita bercakap soal dunia. Masalah dunia. Kita di sinilah, bukan di sana.”
Tanpa sedar terasa seakan-akan hendak saya gelengkan kepala. Mujur saya cepat sedar dan hanya mengerling mata.
“Tuan, keyakinan kepada hari akhirat sangat penting ketika kita hidup di dunia.”
“Fasal apa pula?”


“Sebab orang yang yakin kepada hari Akhirat akan mengatur hidupnya dengan keyakinan bahawa setiap perbuatannya akan diberi pembalasan oleh Allah di akhirat. Ada pahala, ada dosa. Ada syurga, ada neraka. Itulah kawalan dari dalam dirinya untuk tidak melakukan kejahatan sama ada di hadapan atau di belakang orang!”
“Kembali kepada topik asallah. Saya tidak suka meleret-leret,” pintasnya agak kasar.
“Zina sentuhan pula ialah pergaulan bebas. Bila dipandang, tergerak untuk disentuh. Islam menyekat pergaulan bebas lelaki wanita. Tidak boleh bergaul sesuka hati apatah lagi sampai ke peringkat berdua-duaan tanpa mahram.”


Belum sempat dia menyampuk saya menambah lagi, “tetapi pergaulan bebas inilah yang terus digalakkan, dipromosikan dan dijadikan budaya dalam masyarakat kita.”
“Awak nak sekat interaksi dan komunikasi antara wanita dan lelaki? Mustahil!”
“Interaksi yang bagaimana? Komunikasi yang bagaimana? Dalam Islam cukup jelas bagaimana wanita dan lelaki boleh berinteraksi. Dalam pendidikan, dalam perniagaan, dalam perundangan dan lain-lain. Pergaulan tidak disekat, tetapi dikawal. Islam bukan anti pergaulan atau interaksi sosial tetapi menyekat pergaulan bebas tanpa batas yang menjurus kepada perlakuan seks bebas kerana adanya pandangan yang liar dan sentuhan yang di luar batas!”
“Bagaimana awak nak capai semua tu. Itu satu utopia.”


“Bukan satu utopia kalau kita bermula. Di peringkat keluarga kita cuba didik, kawal anak-anak kita. Di sekolah peranan guru-guru pula. Di IPT tentulah orang semacam awak, para pensyarah. Dalam media massa cetak dan elektronik tentulah pihak berkuasa yang memainkan peranan.”:
“Habis awak ingat semua pihak dah tak berperanan?”
“Saya bimbang… Dalam keadaan kita menjerit, melolong dan memekik tentang masalah buang bayi tetapi budaya ‘mukadimah’ zina anehnya terus diperagakan dan dipromosikan. Lihat sahaja media massa kita, kekadang di sebelah cerita buang bayi, ada gambar wanita mendedahkan aurat. Iklan apa sahaja produk, budaya bergaul bebas seperti menari bersama, dating dan bergaul bebas itulah yang diiklankan juga.”

“Awak kolot. Itu kan ada nilai komersial?”
“Saya kasihan remaja masa kini. Mereka hidup di tengah peluang untuk melakukan zina yang begitu besar dan luas sekali. Jalan ke arah zina diperluas. Tetapi jalan ke arah pernikahan halal dipersempit dengan pelbagai syarat dan adat yang tidak relevan dan signifikan.”
“Kita perlu realistik. Kita perlukan kekuatan ekonomi yang ampuh dan kukuh.”
“Dan untuk itu kita perlu membayarnya dengan mengorbankan maruah dan iman anak-anak remaja kita?”


“Sejak tadi saya bercakap macam mana kita nak atasi masalah buang bayi. Itu sahaja. Tetapi awak yang melencong bercakap tentang zina…”
“Tuan, masalah buang bayi ini produk kepada masalah zina. Anak yang dibuang itu hasil zina. Cegah zina, selesailah masalah buang bayi. Dan nak cegah zina perlu dicegah dulu mukadimah-mukadimah zina. Ini bukan pendapat saya. Tetapi ini ditegaskan oleh Allah dalam Al Quran apabila Allah memberi amaran dan peringatan, jangan kamu hampiri zina!”
“Awak dah mula emosi. Janganlah emosional.”
“Tuan, jika saya salah kerana beremosi. Tuan juga salah kerana tidak beremosi. Sayang, cintakan umat, membenci kemungkaran adalah soal perasaan. Ini soal hati. Ini berkait dengan iman. Tidak ada iman bagi mereka yang melihat kemungkaran tanpa rasa benci!”
“Islam menyuruh kita membenci?”
“Benci kepada kemungkaran bukan kepada yang melakukannya! Pada yang melakukannya kita perlu berdakwah, memberi didikan, memberi alternatif, dengan penuh kasih sayang dan hikmah.”
“Kalau iman kita kuat, apa sahaja yang di luar tidak mempengaruhi dalaman kita. Kita ada sistem penapis dalam atau ‘self censord’. Kita tidak perlu sekatan mahu pun kawalan.”
“Betul kah iman kita kuat? Betul kah iman remaja kita kuat? Dan satu lagi, betulkah orang yang mempunyai iman yang kuat tidak perlukan kawalan dan peraturan? Sekuat-kuat iman pun masih perlukan syariat. Bahkan mematuhi syariat itulah bukti orang beriman.”
“Apa awak cakap ni?”


“Maksud saya, benarkah iman kita kuat? Mana program yang membina iman? Memang ada sedikit, tetapi ditenggelamkan oleh program hedonisme yang berlambak-lambak. Iman itu ada bajanya, ada racunnya. Kalau kita menabur racun manakan tumbuh pohonnya, apatah lagi buahnya? Bahkan benihnya yang sedia ada pun boleh mati.”
“Banyak sangat perlambangan!”
“Dan orang yang kuat iman sekalipun masih diwajibkan mematuhi syariat atau peraturan Islam. Rasulullah s.a.w, manusia yang paling kuat iman, namun semasa menerima bai’ah daripada kaum wanita baginda sendiri tidak bersalaman dengan mereka. Isteri-isteri Rasulullah kuat iman, tetapi mereka tetap menutup aurat dan sangat menjaga pergaulan mereka sekalipun dengan sahabat-sahabat Rasulullah yang juga kuat imannya.”
“Itu sejarah.”
“Bukan. Itu bukan hanya sejarah. Sejarah itu adalah ibrah. Untuk dikaitkan dengan masa kini dan dijadikan teladan. Kita jangan gunakan akal semata-mata, tetapi gunakanlah akal dengan suluhan wahyu dan sunah.”
“Awak sindir saya?”


Tanpa memberi respons pada provokasinya saya meneruskan, “saya masih ingat dengan akal fikiranlah, dulu ada idea yang menyarankan kita agar tidak menutup pintu langit. Jangan sekat akses itu dalam Internet. Cukup dengan iman masing-masing untuk menapis pornografi. Tetapi sekarang ada idea yang menyarankan perlu disekat akses Internet yang berunsur pornografi. Masalah manusia moden bukan tak pandai… tetapi memandai-mandai.”
“Bagaimana pandangan awak tentang sekolah remaja hamil?” tiba-tiba dia pula yang mengalih tajuk perbualan.
“Baguslah. Tetapi saya tidak berminat membuang sampah di hilir atau muara sungai sedangkan ada pihak yang terus membuang sampah di hulunya!”
“Apa maksud awak?”


“Betul, remaja hamil anak zina perlu dilindungi dan dididik. Tetapi remaja yang belum hamil dan belum dinodai lebih ramai lagi di luar sana. Ramai yang bakal menjadi mangsa jika sikap dan budaya ‘mukadimah’ zina terus disuburkan. Apa gunanya kalau kita hanya mengubat akibat, jika puncanya terus dibiarkan malah diperagakan? ”
“Jadi awak setuju atau tidak?”
“Itu soalan kemudian. Yang pertama atau utama, saya ingin menyoal awak. Awak setuju atau tidak semua mukadimah zina yang ada ini dicegah? Dalam Islam kaedah ini dinamakan ‘sazdus zaraik’. Kempen tutup aurat, kempen anti pergaulan bebas dan kempen mengerjakan solat perlu diperhebat! Ini kempen ‘buka hati’ untuk hadapi langit terbuka!”
“Ei, ada kempen solat juga?”
“Ya Allah, bukankah solat mampu mencegah kemungkaran? Cuba lihat statistik berapa ramai remaja yang meninggalkan solat? Ada kajian dulu yang saya dengar sudah di tahap 80% umat Islam sudah tidak solat. Remaja kita bagaimana? ‘Retua’ yang mendidik remaja pula bagaimana?”
“Wah, awak nak cakap tentang solat pula…”
Saya diam. Berdoa. Betapa ramainya umat Islam yang tidak memahami, menghayati dan mengamalkan serta memperjuangkan agamanya. Padahal ajaran Islam itu berkait antara satu sama lain. Ada kesan berangkai yang jika diamalkan, ada kesan baik kepada bidang yang lain. Dan ada kesan buruk secara berangkai bila salah satu ajarannya ditinggalkan. Justeru, Allah telah memberi peringatan: Masuklah Islam secara keseluruhan!

Soalnya, apakah kita sudah Islam seluruh, sepenuh? Langit sejak dulu telah terbuka dengan turunnya wahyu, bukankah Islam itu agama samawi? Tetapi hati kitalah yang tertutup untuk menerima cahayanya. Apa gunanya langit terbuka, jika mata hati tertutup?
Hasilnya, hati dan diri kita tetap gelap dalam limpahan cahaya!
(Sekadar satu dialog imiginasi hasil menangani beberapa siri forum tentang cinta dalam minggu ini dengan siswa-siswi di IPT – semoga ada manfaatnya. )

Thursday, December 16, 2010

Pecinta allah


Dalam hadis qudsi Allah Swt berfirman: ”Hamba-Ku, demi hak-Ku, Aku adalah pencinta bagiMu,
maka dengan hak-Ku atasmu jadilah kamu pencinta bagi-Ku. Wahai Musa, barang siapa
mencintai-Ku ia tidak akan melupakan-Ku, barang siapa berharap mengenal-Ku ia meminta
secara mendesak (terus-menerus dalam meminta). Wahai Musa, sesungguhnya Aku tidaklah
lupa akan ciptaan-Ku, namun Aku ingin agar para malaikat-Ku mendengar rintihan doa
hamba-hamba-Ku, dan para malaikat penjaga-Ku melihat -bagaimana - taqarrubnya Bani
Adam”.

Allah menekankan seorang hamba untuk menjadi pecinta-Nya. Allah juga menjelaskan kriteria
orang-orang yang mencintai-Nya. Ciri pertama orang yang mencintai Allah adalah selalu
mengingat-Nya. Mana mungkin seorang pecinta melupakan kekasihnya. Seseorang misalnya,
mencintai sesuatu dia akan selalu mengingat kekasihnya. Dia akan menyebut nama kekasihnya
setiap saat. Dia akan merasakan kerinduan yang syahdu ketika mengulang-ulang menyebut
dengan lembut kekasihnya. Hatinya dipenuhi oleh keinginan untuk bertemu dengan
kekasihnya. Jiwanya selalu menyemangati agar tetap dekat dan bersatu dengan kekasihnya.
Karena itu, ketika seorang hamba mencintai Allah swt, ia hanya memenuhi hatinya dengan
Allah, seluruh kegiatannya ditujukan untuk Allah, dan semua apa yang dia lihat hanya wujud
kekasih-Nya.

Ciri kedua seorang hamba yang mencintai Allah adalah senantiasa berdoa kepada Allah swt.
Karena seorang pecinta tidak ingin lepas dari kekasihnya, maka ia selalu menautkan diri
kepadanya. Seseorang yang mencintai Allah, dia akan menempuh munajat sebagai jalan
menjumpai-Nya. Doanya terus menerus, seakan tidak ingin berhenti berkomunikasi dengan
Tuhannya. Dia selalu asyik merintih, berkeluh kesah kepada kekasih-Nya. Sebagaimana cinta
Tuhan jauh lebih besar kepada hamba-Nya, maka Dia menginginkan agar munajat hamba-Nya
selalu terus-menerus memenuhi ’arsy-Nya. Allah swt bahkan ingin agar para malaikat melihat
bagaimana kedekatan hamba yang menjadi pecinta-Nya.

Allah Swt kemudian menutup hadis qudsi tersebut dengan anjuran yang sangat indah: ”Wahai
Musa, janganlah kalian ingkari nikmat, maka - jika kalian mengkufurinya, hal-hal yang negatif
akan segera menimpa kalian. Janganlah lupa bersyukur maka - jika kalian lupa- kehinaan akan
menusuk kalian. Kekehlah (mendesak secara terus menerus) dalam berdoa, maka kalian akan
diliputi rahmat dengan pengabulan (doa tersebut) dan kalian merasa senang dengan
kenikmatan kesehatan”.
 
Ciri ketiga pecinta Allah swt ialah mereka senantiasa bersyukur kepada kekasih-Nya. Syukur
merupakan ibadah yang istimewa. Syukur sama sekali bukan untuk menambah keagungan
Allah, sebaliknya syukur akan menambah kemuliaan pelakunya. Pecinta sejati akan selalu
bersyukur dan menganggap besar apapun yang diberikan oleh sang kekasih. Sebaliknya dia
akan menganggap kecil apapun yang dia persembahkan kepada kekasih-Nya. Hamba yang
mencintai Allah swt senantiasa menganggap besar apapun yang dikaruniakan Allah
kepadanya. Bahkan meskipun derita yang dia terima dalam hidup, ia akan mensyukurinya.
Syukurnya begitu agung, sehingga tidak hal-hal kecil yang dia diterima jika datang dari Allah
swt.
 
Hamba yang mencintai Allah swt senantiasa mengaggap kecil ibadahnya, menganggap kurang
kebaikannya. Dia tidak pernah berhenti untuk menyempurnakan ibadahnya. Dia selalu bekerja
keras untuk senantiasa menambah syukurnya, bahkan meluaskan rasa syukur itu dalam
untaian doa-doanya. Dan akhirnya, rahmat, nikmat dan karunia Allah swt akan mengalir deras
meliputi para pecinta-Nya.

Guna budak 2 tahun halau hantu

Sudahlah rumah tangganya porak peranda dan dia terpisah dengan anak perempuannya yang baru berusia dua tahun, lebih menyedihkan dia dimaklumkan anak tunggalnya itu kini direkrut atau dilatih sebagai penghalau hantu.
Lokman berkata, selepas berkahwin pada 2007 dia mendapati isteri dan keluarga mentuanya amat rapat dengan ‘Wanita Suci’ itu dan khidmatnya digunakan untuk mengubati seorang anggota keluarga yang sakit.
“Ketika itulah saya mula mengenalinya. Pada pandangan saya, dia dan seorang lelaki dari Timur Tengah yang dipanggil Tok Sheikh bagaikan pemimpin ajaran sesat. Namun, pengikut mereka tidak ramai, hanya terhad kepada beberapa keluarga, termasuk keluarga mentua saya.
“Tok Sheikh yang memberi gelaran kepada wanita itu sebagai ‘Wanita Suci’ dan semua pengikutnya juga memanggilnya dengan dengan gelaran itu,” kata Lokman dalam pertemuan dengan Metro Ahad, di sini, baru-baru ini.
Mengimbau detik bermula petaka dalam perkahwinannya, Lokman berkata ia berlaku selepas dia enggan mengikuti permintaan isteri serta mentuanya supaya percaya pada segala yang dikatakan oleh ‘Wanita Suci’ dan Tok Sheikh.
“Mereka kata Tok Sheikh mampu meramal masa depan dan ‘Wanita Suci’ pula ada kelebihan menghalau hantu. Bagaimanapun, saya enggan menuruti kehendak mereka dan tidak percaya langsung dengan perkara khurafat seperti itu,” katanya.
Lokman berkata, disebabkan enggan memberi kerjasama, ‘Wanita Suci’ serta Tok Sheikh mempengaruhi isteri serta keluarga mentua untuk menghalaunya daripada kehidupan mereka.
Pada hujung 2008, beberapa bulan selepas dianugerahkan anak perempuan, Lokman mengambil keputusan menceraikan isteri kerana tidak tahan lagi dengan kepercayaan khurafat mereka.
Sejak itu, Lokman dihujani lebih 1,000 khidmat pesanan ringkas (SMS) cacian dan maki hamun daripada bekas isterinya.
“Antara perkara buruk berlaku terhadap saya selepas berpisah ialah dibelasah dua lelaki di depan bekas isteri serta seorang lelaki didakwa teman barunya hanya kerana saya mahu menyerahkan surat mahkamah kepada ‘Wanita Suci’ terbabit yang tinggal dengan mereka.
“Saya berjaya melarikan diri sebelum membuat laporan polis. Saya turut diberikan hak penjagaan anak oleh mahkamah tetapi hingga kini gagal menuntutnya kerana dilarikan bekas isteri serta ‘Wanita Suci’ itu,” katanya.
Dalam masa sama, ‘Wanita Suci’ itu serta bekas isterinya juga pernah melarikan anak Lokman ke Timur Tengah untuk bersama-sama dengan Tok Sheikh dan mereka gagal dikesan hingga kini.
Dalam usaha menjejak anak kesayangannya, Lokman berkata dia secara kebetulan berjumpa dengan seorang perempuan yang mendakwa dirinya juga menjadi mangsa kegiatan ‘Wanita Suci’ dan Tok Sheikh.
Lokman berkata, perempuan itu memberitahu dia dan suaminya juga bercerai angkara ‘Wanita Suci’ dan lebih menyedihkan ‘Wanita Suci’ turut merampas suaminya.
“Perempuan itu turut memaklumkan berita mengejutkan mengenai anak saya. Katanya, anak saya digunakan oleh ‘Wanita Suci’ untuk mengesan dan menghalau hantu di rumahnya.
“Kata perempuan itu, anak saya dibawa oleh ‘Wanita Suci’ ke rumahnya dan dia melihat anak saya merangkak seperti kucing mengelilingi rumah sebelum menuding jari ke beberapa bahagian rumah sambil menyebut hantu.
“Apabila selesai, ‘Wanita Suci’ mula menjalankan upacara menghalau hantu sebelum keluar dari sana dan mengatakan kediaman itu sudah bebas daripada hantu yang berkeliaran,” katanya.
Lokman bagaimanapun tidak tahu bagaimana anaknya direkrut hingga mampu melakukan tugasan tidak masuk akal itu.
Menurut eksekutif sebuah syarikat swasta di Sabah itu, dia sudah melakukan pelbagai cara untuk berhubung dengan anak kesayangannya tetapi gagal. “Bagaimanapun, menjelang Aidilfitri tahun lalu, bekas mentua menghubungi saya untuk bertemu serta menunjukkan gambar terbaru anak yang dihantar bekas isteri.
“Bekas mentua turut berpesan supaya saya memujuk kembali bekas isteri supaya kembali ke pangkal jalan serta mendapatkan anak dan jika masih berpeluang, bersatu kembali sebagai suami isteri,” katanya yang memberitahu sudah membuat tujuh laporan polis di Sabah mengenai salah laku ‘Wanita Suci’ dan kehilangan anaknya.  
~My Metro~