Thursday, December 9, 2010

Kelebihan menghafaz al-Quran.

Bagi penghafaz al-Quran (Hamlatul Quran), atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Quran dengan
gelaran “al-Hafiz”,
akan mendapat 2 ganjaran :


  • Ganjaran di dunia.
  • Ganjaran di akhirat.

Ganjaran di dunia

Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat
juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka. Rakan saya Ustaz Asraff
menyatakan bahawa :


  • Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.

“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli
al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan orang-orang pilihannya.”
(Riwayat Ibnu Majah)


  • Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.

“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)

  • Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.

“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika
ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang
lahat.” (Riwayat Bukhari)


  • Al-Quran menjanjikan kebaikan.

“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)





Ganjaran di akhirat

  • Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.

Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua-dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi
daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah
kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu
Daud
)


  • Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat
pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)


  • Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.

Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku
tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu
huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat
Tarmizi
)


Oleh itu tidak hairanlah ramai ibu bapa berlumba-lumba mengimpikan anak-anaknya menjadi penghafaz al-Quran. Marilah kita berdoa agar dalam keluarga kita
mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran.


No comments:

Post a Comment